fbpx

Pakej usahawan mampu milik bantu mula perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eksekutif Kanan Acara EB Frozen Food, Su Wei Jieh (kanan) bersama Eksekutif Pemasaran, Nurul Fatihah Jamil menunjukkan produk sejuk beku Ring Roll dan Tempura Chicken Nuget. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Jenama makanan sejuk beku terkenal, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) menawarkan dua pakej keusahawanan dengan harga mampu milik bagi membantu orang ramai memulakan perniagaan dalam industri sejuk beku.

Menariknya, pakej keusahawanan itu bukan sahaja membantu usahawan menjana lebih pendapatan malah juga dirangka dengan strategi sistematik bagi mendepani perkembangan industri terbabit.

Pengurus Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil berkata, bagi pakej A, ia melibatkan bayaran pendahuluan sebanyak RM2,500 dengan mempunyai rangkaian produk untuk dipilih golongan usahawan.

“Dalam konteks ini, usahawan perlu memilih 10 produk melibatkan lima pilihan mandatori selain lima lagi mengikut cita rasa mereka serta menerima produk percuma iaitu Ring Roll Standee dan dua kotak Ring Roll.

“Produk Ring Roll adalah gegelung kacang soya yang sedia dimakan, tanpa perlu dimasak, pelanggan boleh masukkan terus ke dalam sup atau bubur selama tiga saat lalu dihidang,” katanya.

Tambah Nurul Fatihah, bagi pakej B pula, usahawan perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,200 dan bakal menerima 10 produk, masing-masing lima produk mandatori serta lima lagi pilihan mereka,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai keistimewaan program itu, Nurul Fatihah berkata, bayaran pendahuluan perlu dibayar kepada pihak EB sebelum menikmati manfaat yang ditawarkan.

“Antara keistimewaannya termasuklah produk ditawarkan di platform Panda Shops, menerima produk EB bernilai RM1,500, penawaran peti sejuk beku dengan jaminan satu tahun, kontrak selama 12 bulan serta insentif musim perayaan.

“Pengedar EB juga akan membantu menambah stok untuk memberi khidmat sokongan jualan selain menerima manfaat tambahan seperti pemulangan bayaran pendahuluan jika jualan mencecah RM20,000 dalam tempoh 12 bulan,” ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 217 pengusaha telah mendaftarkan diri menerusi program keusahawanan EB di seluruh Malaysia sejak Ogos 2020.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.ebfood.com.my atau hubungi pusat dikawasan Utara 012-496 7807, kawasan tengah 012-338 5807 dan kawasan Selatan 012-497 7807.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI