fbpx

19,010 kertas undi pos bagi PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sebanyak 19,010 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos bermula dari 14 sehingga 16 September lalu dan dijalankan oleh petugas pilihan raya di semua 73 kawasan DUN.

Beliau berkata, kesemua 19,010 undi pos tersebut terdiri daripada 17,251 kategori Borang 1A (petugas pilihan raya), 81 Pengundi Tidak Hadlr (PTH) Luar Negara, 78 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada dl Iuar negara) dan 1,594 kategori Borang 1C (anggota petugas kesihatan dan keselamatan yang dibenarkan).

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

“SPR juga telah menjemput pemerhati-pemerhati yang telah dilantik untuk menyaksikan proses pengeluaran kertas undi pos tersebut.

“Selain itu, proses pengeluaran kertas undi pos bagi PRN DUN Sabah Ke-16 ini telah disiarkan secara ‘live streaming’ di Facebook SPR bagi tujuan meningkatkan lagi kefahaman masyarakat awam mengenai proses pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, SPR turut mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan Iengkap dan betul borang pengisytiharan identiti (Borang 2) yang disertakan dan segera mengembalikannya semula kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 26 September depan.

Ikmalrudin turut menasihatkan kepada pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di Iaman media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI