fbpx

Mount bakal atasi rekod Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (kiri) berjaya menjadi tonggak penting Chelsea ketika ini dan hanya perlu melengkapkan penampilan ke-100 menentang Arsenal untuk memintas pencapaian Lampard. – AFP

LONDON – Pemain tengah Chelsea, Mason Mount bakal meng­atasi pencapaian yang dilakukan legenda kelab itu, Frank Lampard sekiranya diturunkan pada aksi menentang Arsenal awal pagi esok untuk penampilan ke-100 bersama pasukan berkenaan.

Lampard merekodkan 16 gol dan 11 bantuan jaringan dalam jumlah penampilan berkenaan, namun Mount ketika ini sudah melepasi angka berkenaan de­ngan mengumpul 23 gol serta 18 bantuan gol dan hanya perlu melengkapkan penampilan ke-100.

Ketika ini juga, Mount berada dalam prestasi terbaik, meledak empat gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk ketika menewaskan Crystal Palace 2-0 di separuh akhir Piala FA kelmarin.

Perkembangan dan prestasi semasa yang sedang diharungi Mount nyata menghadirkan rasa gembira buat pengendali pasukan, Thomas Tuchel yang meng­anggap dirinya sebagai bertuah untuk bekerja bersama pemain itu.

“Ia menjadi satu penghargaan untuk bekerja bersama Mason kerana dia adalah seorang individu yang sentiasa senyum dalam setiap sesi latihan. Dia juga sentiasa berikan komitmen 100 peratus dalam setiap perlawanan.

“Dia terima setiap cabaran dan sebab itu ia sentiasa menjadi sesuatu yang cukup baik untuk melihatnya berada dalam pasukan ini. Mason cukup sayangkan Chelsea, dia memiliki kualiti dan jiwa The Blues.

“Dia akan mendapat sokongan penuh daripada kami kerana dia pastinya sudah pun bersedia untuk terus tampil lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI