fbpx

11 pelajar sekolah direman angkara pukul rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 11 pelajar yang ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan memukul rakan sekolah mereka di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 11 pelajar sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus dekat sini ditahan reman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan memukul rakan sekolahnya pada minggu lalu.

Perintah reman terhadap kesemua remaja lelaki berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Norina Maludin hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kesemua pelajar sekolah tersebut ditahan di antara pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari semalam.

Beliau berkata, mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini.

“Terdahulu, kita menerima aduan daripada mangsa berusia 14 tahun pada pada pukul 9.40 malam kelmarin.

“Dia mendakwa telah disepak dan dipukul oleh kesemua suspek sehingga menyebabkan kecederaan ringan dan lembam pada paha kanan dan kirinya,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI