PUTRAJAYA – Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Mei 2022 akan dikreditkan lebih awal ke dalam akaun penerima iaitu bermula 25 April hingga 30 April ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, inisatif mempercepatkan bayaran bantuan bulanan itu dibuat sempena perayaan Aidilfitiri yang akan disambut tidak lama lagi.
“Bayaran bantuan bagi Jun 2022 pula akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu di antara 1 Jun hingga 10 Jun 2022.
“Adalah diharapkan agar para penerima bantuan bulanan JKM memanfaatkan perkara ini sebaiknya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE