PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina sebentar tadi.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada pukul 12.24 tengah hari itu berpusat pada 7.1 darjah utara dan 127.1 darjah timur dengan jarak 145 kilometer (km) timur dari Davao, Filipina pada kedalaman 71 km.
Ia bagaimanapun, tiada amaran ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan susulan bencana alam tersebut. – KOSMO! ONLINE