fbpx

Pemandu maut treler dirempuh treler lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang mengeluarkan pemandu treler yang tersepit di tempat duduk di Lebuh Raya ELITE, awal pagi tadi.

SUBANG JAYA – Seorang pemandu maut dalam kemalangan selepas trelernya dirempuh treler lain di kilometer 1.5 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Kardi Sahir, 59, beralamat di Apartment Sri Angkasa, Pandamaran, Klang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.37 pagi.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan didapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah treler dari arah Shah Alam menuju Subang Jaya.

“Sebuah treler telah merempuh belakang treler lain yang berhenti di laluan kecemasan ekoran mengalami kerosakan.

“Rempuhan itu mengakibatkan seorang pemandu tersepit di tempat duduk dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.34 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI