fbpx

Cuaca cerah pagi ini di negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah hampir di kesemua negeri sekitar Semenanjung pada pagi ini.

Namun, berbeza bagi negeri Sarawak yang dijangkakan mengalami keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga pukul 9 pagi nanti.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, ia memaklumkan cuaca buruk tersebut diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) serta Kapit.

Oleh itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan yang terlibat di negeri berkenaan sepanjang tempoh yang sama hari ini.

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI