KOTA KINABALU – Sebanyak 4,690 kotak minuman keras dianggarkan bernilai RM2.04 juta didalangi sindiket pengedaran serta penjualan tidak bercukai terbongkar dalam serbuan menerusi Op Kontraban di sebuah gudang di Jalan Kionsom, Inanam semalam.
Dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Perisikan Dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman bersama Tiger Platon Briged Sabah.
Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, pasukan operasi turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 29, 38 dan 50 tahun.
“Hasil pemeriksaan di dalam gudang itu, kita menemui enam kenderaan termasuk dua lori kontena dengan muatan minuman keras tidak bercukai.
“Pemeriksaan lanjut merampas 4,690 kotak minuman keras dengan kapasiti 37,144.8 liter yang dianggarkan bernilai RM2,047,607.10 termasuk cukai,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.