fbpx

Majikan diarah bayar RM1.9 juta kerana sambut hari lahir pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Gravity Diagnostic yang menjadi tempat Berling bekerja sebelum dipecat. - Google Streetview

FRANKFORT, Kentucky – Seorang lelaki di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS) menerima wang pampasan berjumlah AS$450,000 (RM1.9 juta) selepas majikannya gagal menghormati permintaannya untuk tidak diraikan dalam majlis hari lahir.

Menurut laporan stesen penyiaran NBC, Kevin Berling, yang mempunyai masalah gangguan keresahan meminta majikannya untuk tidak mengadakan sambutan hari lahir buatnya pada 2019 kerana bimbang mengalami serangan panik.

Namun begitu, syarikat tempat dia bekerja iaitu Gravity Diagnostic tidak mengendahkan permintaan Berling dan meneruskan sambutan hingga membuatkan lelaki itu mendapat serangan panik yang serius.

Berling menghantar pesanan kepada pihak pengurusan untuk meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan tersebut. Beberapa hari kemudian, dia telah dipecat dari syarikat itu.

Pada 31 Mac lalu, pihak juri menetapkan Berling layak menerima RM1.9 juta atas ketidakadilan layanan yang diterima.

Dokumen mahkamah menunjukkan juri mendapati bahawa Berling menerima layanan buruk daripada majikan yang gagal memahami masalah gangguan keresahan yang dialaminya.

Menurut peguam Berling, Tony Bucher, anak guamnya tidak mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling atau pekerjaan sekiranya masalah kesihatan mentalnya difahami. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI