fbpx

Harga tiket penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak sekitar RM300 ke RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Berita baik buat warga Wilayah Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke kampung sempena Aidillfitri ini apabila harga tiket penerbangan bagi semua laluan ekonomi sehala ke dua negeri itu kini diturunkan antara RM300 ke RM500.

Ia jauh lebih rendah berbanding antara RM700 ke RM1,200 sebelum dan pada 14 April lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pihaknya mendengar keluhan dan rungutan rakyat mengenai harga tambang tiket penerbangan yang tinggi itu.

Beliau berkata, berita gembira itu berjaya dicapai selepas mengadakan perbincangan dan mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sukacita saya memaklumkan bahawa harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala ke kebanyakan destinasi dari Semenanjung ke Wilayah Sabah dan Sarawak telah menunjukkan penurunan ketara.

“Ia adalah bagi tempoh penerbangan untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 iaitu daripada 27 April hingga 8 Mei 2022,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI