fbpx

Peluang Chelsea tebus kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT (kiri) berjaya meledak gol kedua Chelsea ketika mereka membenam cabaran Palace pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel belum memikirkan lagi peluang pasukannya untuk menjulang satu trofi musim ini selepas mara ke final Piala FA dengan menewaskan Crystal Pa­lace 2-0 pada aksi separuh akhir di Wembley awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad The Blues tidak mempunyai masalah untuk menepati ramalan apabila meraih dua gol pada babak kedua hasil ledakan pemain tengah Ruben Loftus-Cheek dan Mason Mount.

Keputusan tersebut menyaksikan Chelsea berpeluang untuk membalas dendam kekalahan pada aksi Piala Liga Inggeris (EFL) Februari lepas apabila sekali lagi dijadualkan bertemu dengan Li­ver­pool di pentas akhir di Wembley bulan depan.

Kata Tuchel, perancangan untuk menentang skuad The Reds yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp masih belum berada dalam fikirannya, meskipun sedar peluang untuk pasukan menebus kekalahan pada final EFL yang lepas terbuka luas.

“Saya tidak kisah dengan apa yang Liverpool lakukan ketika ini meskipun sedar pasukan kami tewas pada perlawanan akhir EFL yang lepas tetapi pemain sudah berikan yang terbaik sehingga saingan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

“Secara jujur, sudah pasti ini adalah peluang untuk kami me­nebus semula kekalahan tersebut dan saya anggap kejuaraan Piala FA memiliki prestij tersendiri dan pemain tidak akan melepaskan peluang ini.

“Mengenai prestasi pasukan ketika menentang Palace, saya gembira dengan prestasi setiap pemain meskipun ada dalam kalangan mereka tidak berada dalam tahap terbaik dan saya mahu pasukan melakar keputusan positif pada baki perlawanan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI