fbpx

Nikki Palikat teruja berpuasa, berbuka di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKKI memberitahu dia sudah berpuasa selama empat hari setakat minggu lalu.

SHAH ALAM – Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat penyanyi Nikki Palikat berpuasa pada bulan Ramadan sama se­perti umat Islam yang lain.

Akui Nikki, 36, setakat minggu lalu, dia sudah berpuasa selama empat hari biarpun dihambat dengan jadual kerja yang padat.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, saya terlalu sibuk termasuk mempromosikan single Sudah. Apabila banyak (undangan) me­nyanyi, saya perlu meminum air.

“Namun, setakat ini saya berjaya berpuasa selama empat hari,” kata isteri kepada kompo­ser Audi Mok itu.

Berkongsi mengenai pe­ngalaman berpuasa, Nikki yang popular menerusi lagu Caramu memberitahu, dia berkesempatan berbuka puasa di sebuah masjid di ibu negara bersama rakan-rakannya baru-baru ini.

“Itu merupakan pengalaman pertama saya berbuka puasa di masjid. Rasa seronok kerana dapat merasai nikmat berpuasa dan berbuka. Memang puas.

“Saya juga pergi ke bazar Ra­madan Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini,” kata.

Tambah Nikki atau nama lengkapnya, Nicolette Louisa Palikat, dia membeli martabak daging dan jus avocado di bazar itu.

Pada tahun ini, Nikki bersama 12 lagi bintang Gegar Vaganza musim kelapan termasuk juara, Aliff Aziz, Aweera, Suki Low, Ani Mayuni dan Adibah Noor menceriakan Aidilfitri menerusi lagu raya sulung berjudul Suasana Di Hari Raya Famili Kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN