fbpx

IGEM 2020 jangka raih RM1.6 bilion potensi perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) menyasarkan potensi perniagaan berjumlah RM1.6 bilion melalui Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa Malaysia (IGEM) tahun ini.

Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program yang akan diadakan secara maya tersebut bakal menyediakan akses 24 jam dan boleh ditonton di seluruh dunia dari 19 hingga 23 Oktober depan.

“Bertemakan Energizing Sustainability pada tahun ini, IGEM edisi ke-11 menyasarkan lebih daripada 250 pempamer dan 10,000 pelawat global dari lebih 15 buah negara.

“Antara isu-isu yang akan dibahas adalah mengenai pengurangan 70 peratus populasi global yang tinggal di bandar pada tahun 2050, pencemaran sungai, bekerjasama untuk menamatkan sisa plastik, pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan teknologi diod pemancar cahaya (LED) yang lebih efisien,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya meletakkan harapan tinggi kepada MGTC sebagai agensi peneraju untuk mempromosikan teknologi hijau dan agenda perubahan iklim negara.

“Penganjuran IGEM maya tidak hanya memperluaskan peluang perniagaan tetapi juga sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang memberikan pendedahan luas kepada adaptasi era digital dalam kalangan pemain industri”, ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd. Nor berkata, IGEM 2019 tahun lalu yang menyambut ulang tahun ke-10 berjaya meraih pelaburan bernilai RM6 bilion dan menarik 40,000 pelawat daripada 43 negara.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, IGEM telah berjaya meraih lebih daripada RM30 bilion pelaburan dan sehingga kini telah menarik lebih daripada 490,000 pelawat dan syarikat dari lebih 60 buah negara.

“Sehingga kini, IGEM 2020 telah mengesahkan penyertaan dari China dan Suruhanjaya Tinggi Kanada, bagi pavilion antarabangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI