fbpx

Saravanan nafi minta belia jadi pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan MyQaseh di Menara Perkeso di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menafikan laporan media tertentu beliau meminta golongan belia supaya menjadi pemandu e-hailing.

Tegas beliau, laporan tersebut telah menyebabkan dirinya dimarahi oleh orang ramai dengan pelbagai kata-kata kesat sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Boleh kamu bayangkan bagaimana saya kena bantai. Menteri tak ada gunalah, menteri tak relevanlah, kopi O dalam gelap pun keluar.

“Kerana ada media tulis seolah-olah saya suruh rakyat bawa Grab (e-hailing),” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) dan MyQaseh di sini hari ini.

Saravanan menjelaskan, apa yang beliau perkatakan adalah golongan majikan perlu mengerti rakyat kini memiliki pilihan untuk menyertai ekonomi gig.

Beliau memberi contoh belia kini boleh memilih untuk menjadi pemandu e-hailing dan memperoleh pendapatan lebih RM1,500 sebulan berbanding bekerja dengan majikan tertentu dengan gaji lebih rendah.

“Mereka boleh tentukan pukul berapa nak bawa Grab, sama ada siang atau malam, 24 jam atau 12 jam dan bila nak cuti boleh dapat lebih RM1,500 (sebulan), jadi mengapa perlu terima tawaran kerja dengan gaji lebih rendah.

“Tujuan saya (memberi contoh itu) adalah untuk memastikan supaya kita (golongan majikan) bayar gaji minimum,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI