fbpx

PM umum penyelesaian isu kenaikan harga tambang penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong melakukan ‘flag off’ majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan mekanisme harga tiket penerbangan domestik dalam masa terdekat.

Ia sekali gus jalan penyelesaian kepada isu kenaikan harga tiket penerbangan domestik yang melambung susulan musim perayaan Aidilfitri ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitiri Tahun 2022, hari ini.

Ka Siong berkata, pihaknya sudah menghantar laporan terperinci mengenai langkah penyelesaian isu berkenaan kepada Perdana Menteri untuk diteliti dan diumumkan.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), tiga syarikat penerbangan tempatan (MAB, AirAsia dan Malindo) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah berbincang mengenai isu itu sejak tiga hari lalu.

“Mereka sudah mencapai kata putus terutama berkaitan isu kenaikan harga tiket penerbangan khususnya sepanjang musim perayaan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI