fbpx

Naim Daniel mengaku ‘on off’ dirikan solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM DANIEL

PETALING JAYA – Baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah, penyanyi dan pelakon Naim Daniel mengakui bahawa dirinya masih mencari kesempurnaan dalam mengerjakan rukun Islam kedua iaitu mendirikan solat.

Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, mengerjakan solat bukan suatu perkara yang mudah dan dirinya sendiri masih banyak ruang perlu diperbaiki dalam perihal tersebut dan itulah pentingnya menyegerakan solat apabila sampainya waktu.

“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ini, aku dah jumpa satu jalan untuk buat kita tak tinggal solat.

“Kau kena wujudkan urgency (kesegeraan) untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat itu. Rasa macam ‘alah sayangnya kalau tinggal’. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” ciapnya menerusi Twitter.

Tambah pelantun lagu Purnama itu lagi, apabila dapat berhubung dengan Allah secara konsisten, akan timbulah rasa kemanisan iman yang dicari-cari.

“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yang luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita je yang rasa. Manis rupanya,” coretnya lagi.

Terang Naim yang juga merupakan seorang pelakon, mendirikan solat pada awal waktu adalah sangat penting buat individu sepertinya yang masih bertatih dalam urusan mencari kesempurnaan dalam ibadah.

“Aku cakap begini sebab aku antara orang yang solat ‘on off’ itu, nak wujudkan rasa pentingnya solat tu sendiri sebab itu aku wujudkan urgency dalam diri nak latih diri.

“Kalau iman seseorang itu memang sudah solid (sekukuh) batu-bata kemudian tak payahlah amalkan benda ini,” coretnya.

Terdahulu, Naim, 25, berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah sekitar awal April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI