JAKARTA – Seorang remaja perempuan dari Surakarta, Jawa Tengah menjadi perhatian apabila mendedahkan bahawa namanya adalah Jika Kitta Tanya Hati Nurani, lapor laman Tribunnews, semalam.
Menurut Jika, 19, dia sudah terbiasa apabila orang berasa pelik, tidak percaya atau menggelengkan kepala setiap kali memberitahu nama sebenarnya.
“Menurut bapa, nama itu sebagai panduan kepada saya sebelum berbuat sesuatu dalam hidup.
“Meskipun kedengaran seperti kata-kata hikmah, ibu bapa percaya ia akan membawa rezeki besar dalam hidup saya,” jelasnya.
Video yang menunjukkan Jika memberitahu pengikutnya di TikTok tentang nama sebenarnya telah diulang tonton sehingga 2.7 juta kali. – Agensi