fbpx

Ular sawa kenyang ditangkap dalam sangkar ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Klang menangkap ular sawa yang membaham ayam di sangkar sebuah rumah di Batu 1¼, Jalan Kapar, Klang hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Seekor ular sawa batik sempat membaham seekor ayam sebelum ditangkap di dalam sangkar ayam di sebuah rumah di Batu 1¼, Jalan Kapar di sini hari ini.

Kejadian itu disedari pemilik ayam yang melihat reptilia sepanjang tiga meter dan seberat 10 kilogram (kg) di sangkar berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Klang, Leftenan (PA) Muhammad Najib Mohamad Isahak berkata, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.30 pagi.

Katanya, terdapat lapan ayam ternakan yang diternak dengan seekor daripadanya telah dibaham ular tersebut.

“Kita tidak menolak faktor hujan selama beberapa hari di daerah dipercayai menyebabkan ular tersebut kelaparan dan keluar mencari makanan di luar kawasan habitatnya.

“Anggota kami kemudian mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap reptilia itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, ular tersebut dibawa ke pejabat APM Klang sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, Muhammad Najib menasihatkan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya ternampak haiwan liar atau berbisa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI