PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 dilaporkan telah berlaku di Halmahera, Indonesia pada pukul 11.04 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 1.8 darjah Utara dan 127.8 darjah Timur.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan 125km Timur Laut dari Ternate, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE