fbpx

Mayat dipercayai mati lebih seminggu ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui terapung oleh pasukan penyelamat pukul 12.45 tengah malam 16 April lalu kira-kira tiga kilometer dari lokasi pertama orang awam terlihat mayat terapung di jambatan kebun kelapa sawit Zon C blok 15 Raja Alias 4, di sini. - IHSAN POLIS

JEMPOL- Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran jambatan kebun kelapa sawit Zon C blok 15, Felda Raja Alias 4 di sini pada pukul 7.00 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia awal 40an yang ternampak mayat tersebut, namun, sebaik polis tiba mayat mangsa telah tiada disebabkan arus air sungai yang deras selepas hujan.

Menurutnya, gerakan mencari dengan kerjasama polis, bomba serta anggota Pertahanan Awam dilaksanakan dan ditemui oleh pasukan mencari menggunakan kayak tiga kilometer dari lokasi pertama mayat kelihatan terapung.

“Mayat berkenaan ditemui pasukan penyelamat pukul 12.45 tengah malam hari berikutnya. Tiada pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut serta kewarganegaraan mayat juga tidak dapat dikenalpasti.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, sampel DNA tulang bahagian peha kanan mayat tersebut telah diambil dan akan dirujuk ke Forensik/Kimia Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

Menurutnya, bedah siasat terperinci tidak dapat dijalankan keatas mayat tersebut disebabkan keadaan mayat yang telah mereput dan sebahagian sturuktur mayat tersebut dipenuhi dengan rumput- rumput dan sampah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI