fbpx

Indonesia tamat operasi mencari penyelam remaja Belanda hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat Indonesia, Basarnas menamatkan operasi mengesan remaja warga Belanda yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, 6 April lalu.

MERSING – Setelah tujuh hari pencarian, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia telah menghentikan operasi pencarian penyelam remaja warga Belanda, Nathan Renve Chesters, 14, yang hilang di Pulau Tokong Sanggol Mersing dan disyaki hanyut ke perairan Indonesia.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi ditamatkan secara rasmi sekitar pukul 7 malam semalam berikutan tiada sebarang petunjuk dan penemuan mangsa di perairan Pulau Bintan, Indonesia.

“Pusat Operasi Basarnas Tanjung Pinang, mengumumkan penutupan operasi setelah tujuh hari pencarian bermula pada 10 April di sektor perairan Indonesia itu tidak menunjukkan sebarang petunjuk dan penemuan.

“Maritim Malaysia juga memaklumkan kepada pihak kedutaan Britain dan Belanda mengenai laporan tamat Op Carilamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Indonesia itu.

“Op Carilamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa negara Indonesia itu melibatkan sebuah kapal TNI (Tentera Nasional Indonesia), sebuah kapal dari BAKAMLA (Badan Keamanan Laut Indonesia), POLAIR (Polis Perairan Indonesia) dan sebuah kapal dari BASARNAS,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diatas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI