fbpx

Israel sekali lagi rempuh masuk Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir 600 penduduk haram Israel dibantu pasukan berkuasa merempuh masuk Masjid Al-Aqsa untuk merayakan Hari Easter, semalam. - Saudi Gazette

BAITULMUQADDIS – Seramai 19 rakyat Palestin dilaporkan cedera selepas 545 penduduk haram Israel yang dibantu dengan pasukan berkuasa menyerbu dan merempuh masuk Masjid Al-Aqsa, lapor akhbar Saudi Gazette, semalam.

Insiden itu berlaku dua hari selepas rejim Zionis mengurung beratus-ratus penduduk Palestin di dalam sebuah dewan solat ketika merempuh masuk masjid tersebut.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pelampau Yahudi menyerang dan menyekat jemaah Islam di dalam dewan solat sambil membuka jalan bagi penduduk haram Israel memasuki tapak suci Baitulmuqaddis untuk perayaan Hari Easter.

Polis Israel telah memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika jemaah berkumpul untuk solat Subuh.

Pihak berkuasa Israel berkata, mereka memasuki pekarangan itu pada hari Ahad untuk memudahkan lawatan rutin oleh orang Yahudi di sayap kanan ke tapak suci itu dan mendakwa penduduk Palestin telah mengumpul batu dan memasang sekatan di kawasan tersebut.

Menurut pekerja perubatan Palestin, sekurang-kurangnya 19 orang cedera dalam serbuan tersebut. Tiga daripadanya dipindahkan ke hospital selepas dipukul atau terkena peluru bersalut getah, demikian menurut Persatuan Palang Merah Palestin.

Organisasi itu berkata, pihaknya telah dihalang daripada mengakses perkarangan itu tetapi berjaya membantu mangsa yang cedera berhampiran Bab Al-Asbat. 

Pihak berkuasa Palestin menyalahkan ketegangan semasa di Masjid Al-Aqsa berpunca daripada tindakan polis Israel yang menyerbu masuk dan menimbulkan kekecohan.

“Kami menyeru pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk bersuara dan menghentikan pencerobohan ini yang akan mencetuskan pertempuran di seluruh wilayah Baitulmuqaddis,” kata jurucakap pihak berkuasa, Nabil Abu Rudeineh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI