fbpx

Ramai peniaga bazar Ramadan di Kelantan gagal ikut peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (dua dari kanan) bersama seorang peniaga bazar Ramadan selepas melancarkan Kempen Budaya 3M Bazar Ramadan di Wakaf Bharu, Tumpat hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 57 notis kompaun yang bernilai RM6,400 terhadap peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri ini sejak hari pertama puasa kira-kira dua minggu lalu.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Husin berkata, jumlah notis kompaun yang dikeluarkan itu hasil pemeriksaan terhadap 818 gerai melibatkan seramai 1,692 pengendali makanan di bazar Ramadan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan peniaga didapati tidak mengikuti kursus pengendalian makanan anjuran JKNK selain tiada suntikan pengendali makanan sepanjang pemeriksaan dijalankan.

“Selain itu, peniaga yang tidak memakai pakaian sesuai semasa berniaga di bazar Ramadan turut dikompaun.

“Kesemua notis kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya selepas melancarkan Kempen Budaya 3M Bazar Ramadan di Wakaf Bharu di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI