fbpx

Awan tsunami muncul di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembentukan ‘awan tsunami’ dikesan di Plymouth Sound, England. - Bianca Guguila

LONDON – Satu rakaman menunjukkan pembentukan awan tsunami di Plymouth Sound, England menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Fenomena cuaca itu disedari penduduk setempat sebelum ia melanda bandar itu sekali gus membuatkan orang ramai terpukau.

Awan tsunami berlaku apabila pemeluwapan daripada udara panas bergabung dengan air laut yang sejuk lalu menghasilkan kesan selimut awan yang bergerak pantas.

Seorang penduduk, Sam Whitfield menyifatkan pemandangan tersebut sebagai sesuatu yang mengagumkan.

“Pada asasnya ia hanyalah pengumpulan sejumlah besar kabus.

“Apabila keadaan tepat pada akhir musim bunga atau awal musim panas, pemeluwapan daripada udara hangat yang bergabung dengan air laut yang sejuk boleh mencipta kesan dramatik seperti yang dilihat sekarang,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI