fbpx

Paris Hilton mahu ramai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARIS HILTON

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama, Carter Reum pada November 2021 lalu, selebriti terkenal Paris Hilton mengakui tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Menerusi wawancara dalam program The Ballas Podcast, Hilton menzahirkan rasa teruja jika keluarganya dikurniakan sepasang anak kembar.

“Saya berasa sangat bahagia sekarang. Lebih bahagia jika saya dan suami dikurniakan sepasang anak kembar,” katanya.

Malah, sosialit berusia 41 tahun itu juga mengidam untuk memiliki anak yang ramai sehingga lima orang.

“Kehidupan saya lebih bahagia di samping anak-anak yang ramai.

“Saya inginkan cahaya mata sehingga lima orang bersama suami,” ujarnya.

Selepas hampir lima bulan berkahwin, Hilton juga menggambarkan kesempurnaan menikmati kehidupan di samping lelaki dicintai lebih-lebih lagi selepas apabila dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI