fbpx

Park Hyo-shin, agensi bercakar pasal kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK HYO-SHIN

BERTAHUN lamanya dia menyepi tanpa sebarang karya baharu mahupun publisiti, dalam diam, rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku terhadap penyanyi balada Park Hyo-shin selama ini.

Dedah Hyo-shin, dia sebenarnya sedang bergelut dengan kes mahkamah membabitkan agensi yang menaunginya, Glove Entertainment sehingga menjadi penyebab kehilangannya dari radar industri.

Konflik yang berlaku antara kedua-dua pihak disebabkan kegagalan agensi berkenaan membayar deposit kontrak selama enam tahun kepada Hyo-shin sejak dia mula menyertai mereka pada 2016.

Malah, pelantun lagu I Am A Dreamer itu juga mendakwa, tidak menerima sebarang bayaran untuk acara bertemu peminat, konsert atau kutipan penjualan album sejak 2019.

Tahun lalu, penyanyi itu pernah meminta Glove Entertainment menamatkan kontrak eksklusifnya tetapi permintaan tersebut tidak dilayan, sekali gus mengheret perbalahan mereka ke mahkamah.

Kali terakhir Hyo-shin aktif ialah pada 2019 menerusi acara Park Hyo-shin STPD 2019 Love Bus: Behind The Scenes dan konsert solonya, Park Hyo-shin Live 2019 Love Bus: Are Your Love?.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI