fbpx

Pemilik, pengunjung premis hiburan di kompaun RM76,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pengunjung yang dikenakan kompaun dalam serbuan yang dijalankan IPD Dang Wangi awal pagi tadi. - FOTO: IHSAN IPD DANG WANGI

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM 76,000 kompaun dikeluarkan ke atas 76 pengunjung termasuk seorang pemilik premis hiburan di Jalan Sultan Ismail awal pagi tadi.

Operasi tersebut telah dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kompaun telah dikenakan kerana premis berkenaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Peralihan ke Endemik.

“Dalam pemeriksaan tersebut, seramai 50 lelaki dan 26 wanita tempatan berusia 20 hingga 51 tahun telah dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Kita juga telah mengeluarkan kompaun terhadap pengurus premis sebanyak RM1,000 atas kesalahan gagal mengawal pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal ketika dalam premis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, satu kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1992 atas kesalahan menganjur aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Polis juga akan terus meningkatkan operasi dan pemeriksaan di premis hiburan yang menjalankan aktiviti yang jelas melanggar SOP,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI