PETALING JAYA- Seorang anak orang kelainan upaya (OKU) yang menghidap masalah sindrom Down menarik perhatian ramai apabila dia meluahkan perasaannya mengenai nasib yang menimpa mangsa penderaan, Bella.
Melalui sebuah video yang dimuat naik pengguna Facebook, Kepala Berputar menujukkan, seorang kanak-kanak yang petah bercakap menyuarakan pandanganya terhadap layanan yang diterima oleh komuniti OKU.
Katanya, anak OKU merupakan anak syurga dan ada hati serta perasaan yang perlu dihormati.
Dia juga meminta supaya penjenayah yang mendera Bella dihadapkan ke muka pengadilan.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata orang ramai memberikan reaksi positif dan menyokong usaha yang dibuat anak OKU itu.
“Bagus kata-kata adik ini, semoga adik ini semakin cerdik dan sihat!” komen @Kubirt Kubirt
“Terbaik adik ni semangat untuk kawannya, semoga dipermudahkan segala urusan buat adik Bella, Bella anak yg kuat semangat,” tulis Raja Asnah Raja Asharuddin.
“Allahuakbar, Bella pasti menang dan mendapat pembelaan sewajarnya,” ujar Mariam Hassan.- KOSMO! ONLINE