fbpx

Luahan Pembaca: Jangan biarkan jari anak ‘hilang’ angkara main mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK-ANAK sering menjadi mangsa kepada permainan mercun terutama pada musim hari raya.

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI yang beranggapan bahawa kemeriahan Hari Raya Aidilfitri itu perlu disertakan sekali dengan pakaian yang cantik-cantik dan hiasan rumah yang berseri-seri.

Bagi anak-anak, selain dipakaikan pakaian comel yang bewarna-warni, mereka juga sering diberikan ‘hadiah’ berupa mercun dan bunga api yang biasanya dimainkan di malam hari.

Memang indah dan seronok melihat anak-anak berlari sambil tangan memegang bunga api. Kegembiraan sebagai bapa juga makin lengkap ketika si anak bersorak girang mendengar letupan dan percikan api.

Namun, malang biasanya tidak berbau. Hanya kerana sedikit kelalaian, kegembiraan yang dicari itu boleh bertukar menjadi tragedi.

Persoalannya, perlukah anak-anak dipersalahkan, sedangkan mereka adalah mangsa kejadian? Kesakitan akibat kehilangan jari perlu ditanggung dan bukan untuk sehari dua, tetapi selama-lamanya.

Dalam hal ini, tanggungjawab perlu diberikan kepada ibu bapa. Mereka perlu memikul rasa bersalah sekiranya ada anak-anak yang menjadi mangsa kepada permainan mercun.

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dari segi penguatkuasaan agar keberadaan mercun serta bunga api di pasaran tempatan terutama bazar dapat diatasi.

Janganlah kita terlalu memikirkan soal kegembiraan, sehingga aspek keselamatan terutama kepada anak-anak kita ketepikan.

Bukan apa, Aidilfitri bukan semata-mata percikan api ataupun letupan kuat, tetapi hari raya itu adalah soal kegembiraan bersama insan-insan tersayang.

MARIAM BERLINA
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI