fbpx

‘Saya brader Yassin, tapi dia Yasin Brothers’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASSIN tidak melatah apabila ada pihak menyangka dia sekali terjebak kes dadah susukan penahanan Yasin Brothers berhubung baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seekor kerbau membawa lumpur semuanya habis terpalit. Begitu juga situasi yang terjadi kepada Yassin Senario baru-baru ini.

Hanya disebabkan persamaan sebutan nama, nama Yassin yang juga anggota kumpulan Sa Ya itu turut menerima tempias berhubung kes dadah melibatkan penyanyi, Yasin Sulaiman yang ditahan polis sejak 24 Mac lalu.

Akui Yassin, walaupun menerima banyak kecaman, dia enggan melatah dan mengambil pendekatan mengabaikan perkara tersebut kerana memahami kekeliruan umum tentang persamaan nama mereka berdua.

“Memang ada yang mengecam kerana mula-mula mereka ingat itu saya tetapi saya tidak kisah atau ambil hati.

“Jika lihat ruangan mesej dalam Instagram, memang ada yang mengecam tetapi saya tidak buka dan baca kerana tahu pasti ada yang salah faham mengenai kami berdua,” katanya.

Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 43, berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran video muzik Suasana Di Hari Raya Famili Kita di Wedding Studio di sini, kelmarin.

“Bersyukur kerana nama saya naik semula. Bila orang tanya, saya kata Yassin dah betul tapi itu bukan saya. Saya ‘brader Yassin’ tetapi di sana ialah ‘Yasin Brothers’.

“Nama saya baru sahaja naik selepas Gegar Vaganza dan tiba-tiba nama Yasin naik lagi. Ini boleh dikatakan satu rezeki.

“Syukur Allah beri peluang untuk nama saya disebut-sebut kembali, sekali gus kembali popular pada bulan Ramadan ini,” ujarnya.

Turut melahirkan rasa simpati terhadap pelantun lagu Mimpi Laila itu, Yassin berpendapat setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang hendak ditunjukkan oleh Allah SWT.

“Sebagai rakan seperjuangan dalam industri, saya faham situasi yang dilaluinya. Mungkin Tuhan ingin jentik hatinya supaya berehat selepas penat bekerja.

“Dahulu pun saya pernah merasai perkara sama. Orang nampak musibah tetapi saya pula melihat apakah yang hendak disampaikan oleh Tuhan disebaliknya.

“Dahulu pun saya selalu berharap pada makhluk tetapi sampai satu tahap, tidak boleh lagi dan akhirnya bergantung pada Allah sahaja,” tuturnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan Sa.Ya, Saiful Apek berkata, musibah yang berlaku kepada Yasin merupakan satu titik untuk seseorang berubah menjadi manusia lebih baik.

“Nasihat saya ialah, janganlah mudah menghukum dan terlalu sombong ketika melihat orang lain melakukan kesalahan.

“Mungkin satu hari, perkara buruk ini akan berbalik kepada kita semula. Sentiasalah bersangka baik dan berilah doa-doa yang baik kepada Yasin,” katanya lagi.

Sebagai info, Yassin juga pernah ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun 2010 dan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI