fbpx

Sistem penggiliran sekolah ditamatkan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi menyampaikan ucapan pada Majlis Ihya’ Ramadan Menteri Kanan Pendidikan Bersama Warga Pendidikan Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan sesi persekolahan kembali beroperasi seperti biasa dengan sistem penggiliran ditamatkan bermula esok.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, semua sekolah akan beroperasi seperti biasa dengan kehadiran penuh pelajar sama seperti sebelum musim Covid-19.

Menurutnya, sehubungan itu, murid-murid, pelajar dan warga KPM tidak lagi menggunakan sistem penggiliran yang ditetapkan sebelum ini.

“Saya menyeru jasa baik Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan guru bagi memastikan sekolah akan dibuka dan tidak lagi ditutup kali ini.

“Sebelum ini kita penat tutup dan buka sekolah termasuk buat sistem penggiliran namun, KPM tetap kena marah dengan pelbagai pihak. Keadaan ketika ini (Covid-19) sudah semakin pulih dan kita harap semua mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Ihya’ Ramadan Menteri Kanan Pendidikan Bersama Warga Pendidikan Kelantan di Hotel Perdana di sini hari ini.

Menurut Radzi, KPM juga akan mengeluarkan garis panduan 4.0 untuk operasi di sekolah dalam masa terdekat agar segala ketetapan dapat dipenuhi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI