fbpx

Polis rampas rumah untuk dijadikan pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik rumah yang melakukan protes diheret keluar oleh polis Shanghai yang lengkap berpakaian PPE. - The Sun UK

SHANGHAI – Polis kota raya Shanghai dilaporkan memulakan operasi merampas kediaman penduduk secara paksa bagi tujuan dijadikan pusat kuarantin, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.

Satu rakaman video  yang tular di media sosial memaparkan anggota-anggota polis dalam sut perlindungan diri (PPE) bertengkar dengan pemilik rumah yang enggan mengosongkan kediaman mereka.

Jeritan  kedengaran ketika sejumlah besar anggota polis mengarahkan penduduk di sebuah kompleks perumahan keluar daripada kediaman masing-masing.

“Ini yang berlaku di Shanghai. Polis menyerbu rumah dan mengheret penghuni  keluar,” kedengaran suara dalam rakaman itu.

Menurut media tempatan, flat di kompleks Zhangjiang Nashi itu akan digunakan sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19.

Penduduk diberitahu pada 14 April lalu bahawa mereka terpaksa berpindah untuk memberi laluan kepada pesakit Covid-19.

Penghuni kawasan kejiranan itu mengadakan protes  tetapi berakhir dengan mereka semua diusir  keluar oleh pihak polis.

Pihak berkuasa Shanghai kini bergelut untuk membendung wabak Covid-19 dengan lebih 20,000 kes positif dilaporkan setiap hari  sejak 10 hari lepas.

Hampir 25 juta penduduk bandar raya itu terperangkap di rumah mereka susulan perintah berkurung yang disifatkan paling ketat di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI