fbpx

Hero banjir nafi jual Viva, hanya masuk pusat servis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Viva milik Azwan ditaja untuk restorasi.

PETALING JAYA – Kereta Perodua Viva yang digunakan oleh ‘Abang Viva’ untuk membantu mangsa banjir ditaja untuk dibaiki oleh Perodua.

‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 29, melalui satu hantaran di Facebook berkata, kereta tersebut kini berada di Pusat Servis Perodua di Bachang, Melaka.

“Untuk yang bertanya mana kereta Viva, nak ‘update’ sikit Viva masih lagi dalam proses ‘perubatan’ di hospital Pusat Servis Perodua Bachang.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Perodua kerana menaja kos untuk baik pulih kereta ini. Terima kasih juga kepada kakitangan Perodua yang bertungkus lumus siapkan kereta ini.

“Kalian memang terbaik. Jadi, jangan kata saya dah jual ke apa kereta Viva ini,” katanya.

Terdahulu, Azwan telah menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Mitsubishi Triton daripada seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang dikenali Sha Hasan pada Januari lalu.

Azwan mula dikenali selepas dia membantu mangsa banjir di Shah Alam, Selangor dengan membawa sebuah bot yang diikat di atas Perodua Viva milik kakaknya dari Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI