fbpx

White House ‘larang’ Biden lawat Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Psaki (kiri) memaklumkan Biden (kiri) lebih diperlukan di AS untuk mentadbir urusan negara dan dunia . - Fox News

WASHINGTON – Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki memberitahu bahawa rakyat Amerika Syarikat (AS) patut lega kerana Washington tidak akan menghantar Presiden Joe Biden melawat Ukraine meskipun beliau berhasrat berbuat demikian.

Menurut akhbar Daily Mail, Biden lebih diperlukan di AS untuk menguruskan lebih banyak isu domestik dan dunia.

Psaki bagaimanapun berkata, AS akan menghantar antara pegawai paling kanan selain Biden untuk melihat sendiri keadaan semasa di Ukraine.

“Perjalanan yang perlu ditempuh untuk ke Ukraine sangat rumit dan mengambil masa. Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terpaksa menaiki kereta api selama lapan jam sebelum tiba di Kiev.

“Justeru, jawapannya adalah tidak. AS tidak akan menghantar Presiden Biden ke Ukraine dalam situasi yang tidak boleh menjamin keselamatan beliau,” tegas Psaki.

Biden baru-baru ini menyatakan keinginan untuk turun padang ke Ukraine tetapi memaklumkan bahwa permintaan tersebut ditolak oleh pentadbirannya atas beberapa faktor terutamanya keselamatan.

Lewat bulan lalu, salah seorang timbalan Zelensky menyeru Biden melawat Ukraine semasa  berada di Eropah untuk sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),  sekiranya beliau berani datang ke negara bergolak itu.

Datuk Bandar Mariupol, Vitaly Klitschko berkata, beliau memahami keputusan AS menolak permintaan tersebut adalah sesuatu yang wajar dari sudut keselamatan.

Namun, beliau berkata,  Ukraine akan sentiasa bersedia menyambut rakan-rakan ‘sejati’ datang menyaksikan sendiri kemusnahan di negara itu.

Kali terakhir Biden melawat Kiev adalah sebagai Naib Presiden AS pada Januari 2017, tiga hari sebelum beliau tamat perkhidmatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI