fbpx

Status pukul isteri, bapa Ainul Mardhiah perjelas hanya drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status Instagram ibu kepada Ainul Mardhiah menjelaskan spekulasi yang timbul berkenaan rumah tangganya.

MELAKA – Bapa kepada kanak-kanak yang pernah mendapat perhatian ramai kerana menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ketika berusia sembilan bulan, Ainul Mardhia menafikan spekulasi yang timbul berkenaan keharmonian rumah tangganya.

Bapa kanak-kanak itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 27, berkata, spekulasi berkenaan timbul disebabkan laporan sebuah portal mengenai satu hantaran yang dibuat oleh ibu kepada Ainul Mardhiah di Instagram.

Menurut beliau, status yang dimuat naik oleh isterinya, Nurul Erwani Zaidi, 27, mengenai insiden dikasari suami itu sebenarnya reaksi ibu Ainul Mardhia selepas menonton drama Nusyuz Berkiblat Cinta.

“Bukan saya pukul isteri saya, sebenarnya Erwani nak kongsi kisah drama tu dengan kawan-kawan dia, tak tahu pulak media ambil cerita tu.

“Dia tengok drama tu pagi tadi saya pun tak tahu apa tajuknya sebab tak layan drama,” katanya.

Terdahulu, pagi ini tular mengenai status Nurl Erwani yang bertanya mengenai pendapat sekiranya seorang isteri sekiranya dikasari oleh suami.

“Kalau korang kena sepak terajang, tinggal atau ‘stay’ dan reda?” tulisnya.

Status tersebut bagaimanapun telah mencuri perhatian ramai pihak termasuk sebuah portal yang melaporkan perkara tersebut tanpa menulis sebarang penjelasan daripada keluarga Ainul.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin bagaimanapun meminta maaf kerana status tersebut telah menimbulkan keresahan dan salah sangka ramai.

“Ini bahayanya kalau kita ramai pengikut di laman sosial,” katanya ringkas.

Semakan Kosmo! di akaun Instagram Nurul Erwani mendapati ibu dua anak itu telah pun memuat naik status baharu untuk menjelaskan keadaan dua jam yang lalu.

“Minta maaf semua, jangan libatkan sesiapapun sebab yang salah saya up status nak tanya pendapat, tapi salah langkah. Saya delete (padam) semua.

“Lepas ni nak cerita, kena masuk gambar dulu, baru boleh minta pendapat. Rupanya ramai tak tengok lagi cerita tu,” tulisnya sambil disertakan tangkap layar drama Episod 1 Nusyuz Berkiblat Cinta.

Untuk rekod, Ainul Mardhiah, 4, merupakan kanak-kanak yang pernah mendapat perhatian negara selepas menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ketika berusia sembilan bulan, termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu mengeluarkan tumor seberat 200 gram daripada mulutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI