fbpx

Hujan lebat diramal melanda 11 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan di seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Amaran cuaca itu dikeluarkan bagi daerah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Manakala Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan terhadap beberapa daerah di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Amaran turut dikeluarkan bagi daerah Besut dan Setiu, Terengganu, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Kuantan.

“MetMalaysia juga meramalkan cuaca sama di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Langat,” tambah kenyataan itu.

Selain itu, bagi Negeri Sembilan amaran berkenaan dikeluarkan bagi daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Mersing dan Kota Tinggi, Johor, manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

“Sementara Sabah di Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI