fbpx

5,000 buaya dibimbangi ‘serang’ karnival Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caiman ini sudah dikesan merayau di jalan-jalan Rio De Janeiro dan berjemur di bawah matahari sejak beberapa hari lepas. - Google

RIO DE JANEIRO – Sebuah karnival popular yang bakal berlangsung di kota raya Rio de Janeiro, Brazil pada minggu depan dibimbangi bertukar menjadi pertunjukan seram kerana diadakan di tebing sungai yang dihuni lebih 5,000 ekor buaya caiman, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Caiman adalah spesies reptilia daripada keluarga buaya dan boleh mencapai panjang hingga 3 meter.

Pesta empat hari yang akan bermula Rabu ini itu merupakan yang terbesar di dunia. Ia dijangka menerima  dua juta pengunjung setiap hari.

Aktivis-aktivis  pemuliharaan alam sekitar bagaimanapun berkata, caiman yang tinggal di sungai dan lagun merentasi bandar tepi laut itu mula muncul dari lubang dan longkang di Rio de Janeiro dan kawasan sekitarnya.

Reptilia itu dikesan berkeliaran di jalanan, berjemur di bawah sinar matahari dan menceroboh rumah penduduk.

Menurut beberapa pakar, pencemaran habitat dan makanan manusia telah meningkatkan kehadiran binatang buas itu.

“Rio memiliki lebih 5,000 buaya caiman dan terdapat risiko sebilangan pemangsa tersebut ‘hadir’ ke pesta itu.

“Pengunjung diminta   sentiasa berjaga-jaga sepanjang mereka berhibur,” kata seorang aktivis  pemuliharaan berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI