fbpx

Nagelsmann terima ancaman bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN

MUNICH – Ketua Jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann enggan ugutan bunuh yang diterimanya secara dalam talian menjejaskan fokusnya untuk mengembalikan gergasi Jerman itu pada landasan sebenar.

Nagelsmann mendakwa beliau menerima 450 ancaman bunuh di laman Instagram peribadinya sejak kekalahan mengejut 1-2 secara agregat kepada Villarreal pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Begitupun, pengendali ber­usia 34 tahun itu tidak mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung insiden tersebut menjelang aksi Bundesliga menentang Arminia Bielefeld di Bielefelder Alm malam ini.

“Ia adalah normal kerana saya sentiasa menerima kritikan dari pelbagai pihak. Saya pernah diugut bunuh setiap kali beraksi dengan tiga pemain pertahanan berbanding empat bek tengah.

“Saya akan tetap dikecam tidak kira menang atau kalah. Cumanya kali ini ia lebih sukar kerana saya menerima 450 ugutan bunuh di Instagram saya.

“Mereka bukan sahaja mahu membunuh saya tetapi juga ibu saya yang langsung tidak mengetahui apa-apa me­ngenai bola sepak,” kata bekas pengendali RB Leipzig itu.

Nagelsmann merupakan individu kedua dari Bayern yang berdepan ancaman bunuh ming­gu ini selepas pengarah sukan kelab itu, Hasan Salihamidzic.

Walaupun tersingkir daripada Liga Juara-Juara musim ini, namun Bayern masih berada pada kedudukan terbaik untuk menjuarai sai­ngan Bundesliga apabila memiliki kelebihan sembilan mata ke atas Borussia Dortmund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI