fbpx

Tiada rezeki Ashira hendak ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHIRA

IMPIAN penyanyi Ashira Aziz untuk mewakili negara ke pertandingan World Championship Of performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) pada

Julai depan nampaknya lebur apabila gagal menyediakan dana untuk ke sana.

Difahamkan, Ashira perlu menyediakan dana sekurang-kurangnya RM30,000 untuk ke AS. Meskipun terpaksa melepaskan impian tersebut, namun Ashira tetap berfikiran positif dan sedikit pun tidak sedih dengan apa yang berlaku.

Kata Ashira, dia percaya pada konsep rezeki dan tidak akan terus berputus asa untuk mencipta kejayaan dalam bidang seni suara.

Ramai juga peminatnya mendoakan semoga penyanyi itu terus dimurahkan rezeki dalam bidang seni dan tidak berputus asa untuk terus menyanyi.

“Insya-Allah ada rezeki lain,” kata seorang peminatnya.

“Rezeki Allah itu luas. Apa yang penting teruskan berusaha,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Jangan berputus asa. Insya-Allah ada yang lebih baik menanti,” doa seorang netizen.

Diva pun turut sama mendoakan Ashira supaya terus diberi rezeki yang melimpah ruah dan tidak patah semangat untuk terus berkarya.

DIVA: Tidak sabar nak serbu Star Vendors Mega Raya Fest anjuran Ifa Raziah pada 22 April hingga 25 April di Pusat Dagangan Dunia (WTC) nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI