fbpx

Anak yatim minum air kosong, roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. ALI (belakang, kanan) dan Mohd. Alif Syamrin (belakang, dua dari kiri) bersama penghuni-penghuni Madrasah Al-Tahfizul Quran di Batu 2, Jalan Bukit Mertajam Kapar, Klang baru-baru ini.

KLANG – Seramai 40 anak yatim etnik Rohingya yang mendiami sebuah madrasah di Batu 2, Jalan Bukit Mertajam Kapar di sini kini berdepan kesukaran untuk meneruskan pembelajaran selepas premis berkenaan sering terputus bekalan makanan.

Lebih menyedihkan apabila Madrasah Al-Tahfizul Quran yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu itu kekurangan dana untuk menguruskan operasi mereka.

Mudir madrasah, Mohd. Ali Mohd. Yusof berkata, kadar sewa bulanan sebanyak RM1,600 dengan gaji dua guru berjumlah keseluruhan RM3,000 sebulan sebelum ini diselesaikan hasil sumbangan daripada pekerja berbangsa Rohingya di negara ini.

“Sememangnya bantuan yang diberikan tidak mencukupi akibat kenaikan kos, memaksa kami mencari tambahan dana.

“Untuk bulan puasa mungkin ramai yang menyumbang, namun selepas Ramadan berakhir, saya bimbang tidak ramai yang akan menghulurkan bantuan.

“Demi kemanusian, amat diharap ada yang membantu anak-anak di sini,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Aktivis sosial, Mohd. Alif S­yamrin Abdullah, 58, berkata, pihaknya telah berusaha meuar-uarkan mengenai nasib yang dialami oleh penghuni madrasah berkenaan.

Hasil usaha itu katanya, ada pihak termasuk pemimpin tempatan, orang persendirian, badan bukan kerajaan (NGO) dan bekas kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang tampil memberi sumbangan.

“Kami berharap sumbangan dapat diteruskan agar anak-anak kecil Rohingya ini tidak kelaparan dengan hanya minum air kosong serta roti ban,” jelasnya.

Justeru, orang ramai yang ingin membantu boleh meng­hubungi Mohd. Alif di talian 014-628 2977 atau menyalurkannya menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Muhammad Syafiq Othman di nombor akaun 07052020223775.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI