fbpx

Simpan wajah, ‘jual’ selawat Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JIKA sudah menjadi seorang bapa, apa sahaja sanggup dilakukan demi anak tercinta.

Sama macam pendakwah terkenal Haris Ismail yang melancarkan sebuah lagu alunan zikir berjudul Zikir, Selawat dan Pesanan Buat Bilal baru-baru ini.

Meskipun tidak dilahirkan dengan bakat nyanyian, demi putera tercinta, dia tetapi berani tampil dengan single tersebut.

Memang beruntung Muhammad Bilal dapat hadiah sebegitu indah ketika usianya belum mencecah setahun pun.

“Masya-Allah, Bilal beruntung mempunyai abah yang suka memberi pesanan.

“Semoga Bilal membesar menjadi anak soleh pelapis alim ulama seperti yang diimpikan ummi dan abah,” komen netizen.

Lagu sudah, harap tidak lama lagi dapatlah semua menatap wajah Bilal ya. Walaupun hanya ternampak bahagian lengan, ramai sudah mula teruja.

DIVA: Ramai juga selebriti tanah air muncul dengan lagu raya baharu. Harap sedap didengar dan bukan syok sendirilah ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI