Oleh NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR
JEMPOL – Dua beranak sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Felda Palong 7 di sini hari ini.
Komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Hazreen Mohd. Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.31 pagi dan tiga pegawai serta 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol bersama tiga anggota bomba bantuan dikejarkan ke lokasi.
“Kejadian melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang terbakar 90 peratus. Api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan padam sepenuhnya setengah jam kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas beliau, ketika kejadian, terdapat seorang wanita berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 26 tahun di dalam rumah. Mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.-KOSMO! ONLINE