fbpx

500 pegawai, anggota polis jalani ujian HPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmawati (kiri) menunjukkan alat ujian selepas sidang akhbar Program Frontliner Uniting Against Cervical Cancer’ di Rumah PERKEP, IPK Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seramai 500 pegawai, anggota dan kakitangan awam wanita Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ditawarkan menjalani ujian saringan kanser serviks menggunakan kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) secara percuma.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, inisiatif itu merupakan hasil kerjasama PDRM dan Yayasan ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening) menerusi program Frontliner Uniting Against Cervical Cancer.

“Ujian saringan ini dijalankan ke atas anggota PDRM dalam golongan berpendapatan rendah (B40) dan berusia 30 tahun ke atas.

“Ini merupakan ujian saringan kedua yang diadakan selepas pertama kali dijalankan di IPK Kelantan membabitkan seramai 301 anggota PDRM yang berkelayakan,” katanya pada sidang akhbar program tersebut di IPK Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo.

Dalam pada itu Asmawati berkata, statistik terkini mengesan seramai 10 orang pegawai dan anggota PDRM telah menghidap kanser serviks dan tiga daripadanya telah meninggal dunia.

“Kesibukan anggota wanita PDRM menjalankan tugas menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan ujian saringan.

“Oleh itu, dengan adanya program ini, ianya dapat membantu ramai anggota-anggota PDRM untuk menjalani ujian saringan sebagai langkah pencegahan di peringkat awal,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI