fbpx

Pemandu lori maut langgar kontena jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori kontena yang dipandu mangsa di Kilometer 38.6 SKVE menghala Banting di sini, malam tadi.

KUALA LANGAT – Seorang pemandu lori maut selepas melanggar muatan kontena yang terjatuh dari sebuah lori lain di Kilometer 38.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Banting di sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 11.30 malam itu mengakibatkan lelaki berusia 36 tahun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lima anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.34 malam.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan itu melibatkan dua lori kontena yang dipandu dua mangsa berasingan.

“Kontena lori pertama dipercayai terjatuh sehingga merentangi jalan sebelum dilanggar lori kedua yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, lelaki berusia 34 tahun yang memandu lori kontena yang terjatuh selamat dan mengalami kecederaan.

“Manakala, pemandu lori kedua tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI