KEDATANGAN bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang semamangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
Malah di bulan yang penuh mulia ini, kita bukan hanya berpeluang untuk berpuasa dan menambah amal ibadah semata-mata.
Sebaliknya, semua rakyat Malaysia boleh mengambil peluang untuk melakukan amal kebajikan dengan membantu dan menyokong mereka yang sedang berada dalam kesukaran.
Oleh itu, sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, Grab Malaysia menjemput rakyat negara ini untuk bersama meneruskan amal kebajikan mereka melalui inisiatif ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.
Melalui inisiatif itu, rakyat Malaysia boleh menjadikan penjimatan mereka di Grab sebagai usaha amal dengan menukar GrabRewards mereka sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti.
Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Antara badan amal dan organisasi yang pengguna boleh menyokong melalui inisiatif ini termasuk Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia dan banyak lagi.
Berkongsi inspirasi di sebalik usaha itu, Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, rakyat Malaysia sentiasa gigih untuk menghulurkan bantuan dalam menyokong perniagaan kecil tempatan serta membantu seluruh komuniti untuk bangkit semula.
“Sebagai syarikat tempatan, kami mahu berada di sisi mereka pada setiap langkah untuk menjadikan usaha amal mereka lebih lancar.
“Dengan GrabRewards, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk menawarkan penjimatan hebat dan peluang mudah kepada rakyat untuk berbuat baik. Dengan memadankan setiap derma, kami bukan sahaja berharap untuk menggalakkan lagi sikap memberi ini tetapi menunjukkan bagaimana setiap penjimatan yang anda terima di Grab boleh dijadikan peluang untuk membantu orang lain,” katanya.
Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya serta melancarkan usaha lain untuk membantu keperluan perayaan rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sila layari JIMAT-JIMAT, INGAT-INGAT.
“Kami mahu terus menjadi platform yang membantu rakyat Malaysia dengan keperluan mereka, sama ada dengan keperluan harian yang berpatutan, cara mudah untuk membuat persiapan perayaan atau juga dengan menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia berbuat baik kepada golongan kurang bernasib baik,” jelas Hassan.
Dalam pada itu, dalam memastikan komuniti Grab iaitu pemandu dan penghantar, Grab turut melancarkan inisiatif Pesta Raya Dengan Grab sempena Ramadan dan Hari Raya.
Melalui inisiatif itu, Grab akan memberi memberikan ganjaran kepada rakan kongsinya yang berpretasi tinggi.
Ganjaran tersebut merupakan baju batik eksklusif dan terhad yang direka oleh artis seni tempatan iaitu Firdaus Nordin.
Kolaborasi terdahulu bersama rakan-rakannya, yang menampilkan wajah para pemimpin Malaysia, mendapat ulasan yang positif dan tular di media sosial.
Menurut Firdaus, artis muda berasal dari Pauh, Perlis ini berkata, baju batik, ‘Indera Bayu’ diinspirasikan daripada negeri di dalam Malaysia iaitu ‘Indera’ dipetik daripada nama negeri Perlis Indera Kayangan dan ‘Bayu’ daripada negeri Sabah Di Bawah Bayu.
“Konsep yang saya pilih di dalam lakaran design ini adalah flora yang mempunyai sifat kehijauan dedaunan dan bunga.
“Konsep ini diinspirasikan oleh isu semasa sekarang yang mana kira sedar, bumi sedang berhadapan dengan pemanasan global yang semakin dahsyat.
“Dari segi Psikologi pula, warna hijau dapat memberi perasaan yang tenang dan lapang kepada manusia. Maka secara tidak langsung, corak ini sangat mesra dengan kehidupan manusia dan alam,” katanya.
Beliau merupakan seorang artis seni yang sedang meningkat naik dan terkenal dengan karya-karya ikon dan warisan tanah air.
Lebih daripada 1,200 helai baju batik rekaanya akan diberikan sebagai ganjaran kepada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab di seluruh negara yang mempunyai tempahan atau pesanan yang paling banyak dari 3 April sehingga 4 Mei 2022.
Dalam pada itu, Grab juga turut menawarkan tawaran-tawaran istimewa dan eksklusif untuk rakan-rakan Grab melalui program GrabBenefits.
GrabBenefits ialah program yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakan Grab serta penghantaran Grab, dan mempunyai tiga teras utama iaitu perlindungan, simpanan dan akademi.