fbpx

Tetap hadir bekerja walaupun tertelan berus gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita di Taiwan tertelan berus gigi kerana terlalu mengantuk ketika bersiap untuk pergi bekerja. - Mothership.sg

TAIWAN – Seorang wanita di Taiwan dilaporkan tertelan berus gigi sepanjang 18 sentimeter (sm) apabila menggunakannya pada posisi yang salah, lapor laman CTS Taiwan  kelmarin.

Menurut wanita itu, dia berasa sangat letih pada waktu kejadian dan tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja.

Meskipun menyedari dirinya tertelan berus gigi, wanita itu tetap hadir bekerja terlebih dahulu sebelum pergi ke hospital tujuh jam kemudian.

Doktor yang merawat mangsa sangat terkejut mendengar penjelasannya dan bertanya kepada dirinya adakah dia pasti berus gigi itu sepanjang 18 sm.

Ujian imbasan X-ray  tidak berjaya mengesan kedudukan berus gigi itu namun lokasinya diketahui selepas doktor menggunakan prosedur endoskopi dengan memasukkan wayar beserta kamera ke dalam mulut wanita tersebut.

Kaedah endoskopi menunjukkan berus gigi itu tersekat di esofagus atau salur makanan dan telah menyebabkan tisu di sekelilingnya merah serta membengkak.

Wanita itu bernasib baik kerana dia tidak perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan berus gigi itu dan ia berjaya ditarik keluar menggunakan alatan endoskopi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI