fbpx

FDA lulus ujian nafas Covid-19 pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan demo pengujian alat InspectIR PNY-1000 oleh InspectIR Systems yang disiarkan di laman YouTube. - YouTube

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) meluluskan penggunaan kecemasan kit ujian Covid-19 pertama yang berupaya mengesan jangkitan koronavirus melalui nafas manusia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Menurut FDA, syarikat InspectIR Systems telah membangunkan kit tersebut, Covid-19 Breathalyzer yang bersaiz bagasi dan boleh digunakan di pejabat dan lapangan. Hasil ujian boleh diperoleh dalam masa kurang tiga minit. 

Kita ujian tersebut akan memisahkan dan mengenal pasti campuran kimia bagi mengesan lima sebatian yang dikaitkan dengan jangkitan Covid-19.

Kajian InspectIR Systems mendapati alat itu mampu mengesan lebih 91 peratus sampel positif dan 100 peratus sampel negatif. Menurutnya, keupayaan sama turut diperoleh melibatkan varian lebih sukar dikesan iaitu Omicron.

Bagaimanapun, keputusan positif masih perlu disahkan menerusi ujian PCR, kata FDA.

“Keizinan yang diberikan pada hari ini (kelmarin) menandakan satu lagi contoh inovasi pantas yang berlaku menerus ujian diagnostik terhadap Covid-19.

“FDA akan terus menyokong pembangunan melibatkan ujian Covid-19 yang  baharu dengan matlamat memajukan teknologi bagi membantu menangani wabak semasa dan meletakkan AS dalam keadaan lebih baik untuk menghadapi situasi kecemasan kesihatan awam seterusnya,”kata pengarah Pusat Peranti dan Kesihatan Radiologi FDA, Jeff Shuren dalam satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI