fbpx

Pekerja di Shanghai dikuarantin 12 hari di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA pejabat terpaksa melakukan ujian calitan hidung setiap hari semasa menjalani kuarantin wajib selama 12 hari. - Douyin/ shyuanhao

BEIJING – China dilaporkan mengenakan langkah terbaharu untuk mengekang penularan Covid-19 di Shanghai dengan mengarahkan pekerja tidur di pejabat selama berhari-hari, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dasar kawalan Covid-19 yang ketat dilaksanakan selepas kes Covid-19 dilaporkan melonjak di Shanghai dengan pentadbiran tempatan berikrar untuk mengekang penularan dengan mengenakan dua peringkat sekatan.

Salah satu peringkat sekatan dikenakan adalah dengan tidak membenarkan pekerja pulang ke rumah bagi mengelak jangkitan daripada berlaku.

Seorang pekerja sebuah syarikat di daerah perniagaan, Shanghai Software Park berkongsi kehidupannya yang mengerikan semasa penutupan pejabat kepada penonton di media sosial.

Lelaki itu menerima notis yang mengarahkan semua pekerja yang telah ke pejabat sebelum 28 Februari lalu untuk kembali ke sana bagi menjalani kuarantin wajib selama 12 hari.

Dalam video yang dikongsinya di TikTok, kakitangan perubatan hadir ke pejabat untuk mengambil sampel ujian calitan hidung daripada setiap pekerja pada setiap hari.

Pekerja kemudian diberi masa untuk mengatur ruang pejabat supaya menjadi tempat tinggal sementara. 

Di luar waktu pejabat, dia bersama rakan-rakannya menukarkan jabatan Teknologi Maklumat itu kepada studio e-sports dengan sebahagian daripada mereka dilihat bermain permainan video seperti Counter Strike dan Honor of Kings.

Pekerja lain pula dilihat menyiapkan tempat tidur mereka dengan meletakkan semua beg tidur di lantai dalam dua barisan. Mereka dibenarkan pulang 12 hari kemudian setelah membersihkan kawasan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI