fbpx

Lima bodyguard jaga Ifa Raziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ifa Raziah

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah dikawal rapi oleh lima pengawal peribadi gara-gara sering memperagakan barangan ­kemas bernilai ratusan ribu ringgit.

Ifa atau nama lengkapnya, Saripah Raziah Mustapha berkata, tindakan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kerana dia memakai barangan kemas ketika menghadiri majlis keramaian dan berada di tempat awam.

“Saya mempunyai lima pe­ngawal peribadi yang bertanggungjawab memantau keadaan sekiranya saya berada di tempat awam ketika menggayakan barangan kemas,” katanya.

Ifa berkata demikian pada sidang akhbar Starvendors Mega Fest Raya 2022 di Pusat Daga­ngan Dunia kuala Lumpur di sini kelmarin.

Menurut pelantun lagu Ser…Ser…Ser… itu, dia memakai bara­ngan kemas tersebut bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk membuktikan kejayaannya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Selain simbol kejayaan, Ifa memberitahu, tujuan dia memakai perhiasan mewah tersebut juga adalah sebagai strategi dalam pemasaran.

“Saya tidak pernah menayang duit banyak atau tunjuk saya memiliki kenderaan mewah.

“Dengan menggayakan barangan kemas ia boleh menjadi salah satu cara pemasaran apabila orang luar dapat melihat kejayaan saya,” katanya.

Jelas Ifa, dia tidak memakai barangan kemas yang sarat pada setiap masa, sebaliknya hanya ketika menghadiri majlis-majlis ter­tentu.

Pada awal Januari lalu, nama Ifa menjadi bualan ramai apabila dikecam gara-gara memakai perhiasan emas ketika menunaikan umrah.

Tidak berdiam diri, Ifa kemudiannya tampil mempertahankan diri dan memaklumkan dia sudah mendapatkan pandangan ustaz tentang hukum memakai barangan kemas ketika menunaikan ibadah umrah tersebut di Tanah Suci.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI